bagaimana aku tahu... kesedihan hatimu, bagaimana aku mengerti... kau punya hati nan suci, semerbak harum bunga firdausi, bagaimana aku mengerti... tanpa kau menyatakan rasa hatimu.
Monday, July 6, 2009
Bidadari tercantik...
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah......:
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya -bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga.
Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam
singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab..eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,.....
Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
subhanallah...
kain kapan....
Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj. Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj. Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj. Teepo dengan genangan air mata "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj. Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj. Teepo."Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"
Hj. Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj. Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj. Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukanselama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."Isterinya masih ragu-ragu.
"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang... ."
"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj. Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu... .. Ambik le iktibar... .
(cerite nie diambil dari iluvislam.com by nurqush)
Tuesday, April 28, 2009
antara bidadari & penghuni syurga
Wahai kakakku...
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu
Asyik berteman tangis dan sendu sahaja
Wahai adikku...
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
Tetapi di situlah wahai adikku
Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki
Menjadi izzah yang paling gah
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
Kerana sendu rayunya
Musa A.S. terselamat dari kekejaman firaun
Duhai adikku...
Lembut wanita itu bukan lemah
Tetapi senjata
Namun wahai kakakku...
Wanita itu fitnah dunia
Pernahkah adikku dengar...
Pesanan Illahi pada hambaNya?
Wahai lelaki-lelaki yang beriman
Tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu
Cuba adik nilai...
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesananNya?
Pada hamba yang bergelar ar-rijal
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya
Dan, tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita
Agar memelihara auratnya
Kerana di situlah kehormatannya
Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal dan an-nisa’ sama-sama mematuhi pesanan Illahi itu!
Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh
Tapi kakakku...
Kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu??
Wahai adikku sayang...
Al-haya’ (sifat malu)
Ada dalam diri setiap insan
Wujudnya seiring dengan nafas insani
Dan al-haya’ itulah pakaian iman
Pada diri wanita itu indah al-haya’ sebagai pembenteng diri
Namun bilamana al-haya’ itu lebur
Imannya runtuh
Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya paranoid
Merasakan diri belum cukup menarik
Mereka yang sebenarnya yang kalah dari segi psikologi
Namun adikku...
Wanita solehah itu pasti melindung diri mereka dari perbuatan murahan itu
Wahai adikku...
1001 keindahan penciptaan wanita
Pandai-pandailah dikau menilai
Antara permata dan debu-debu kilauan pasir
Wahai adikku...
Janganlah adik gusar
Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
Dan jangan engkau sekali-kali
Merendahkan dirimu
Menggugurkan diri
Menyembah tanah
Sedangkan engkau sebenarnya
Telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu